Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 19, 2011

Mines Shopping Fair ( 15/7/2011)

Ini kali pertama kita singgah di Mines Shopping Fair...target bukan nak membeli belah...cuma papa nak anak2 nya merasa pengalaman naik bot/cruise...before naik bot, sempatlah jugak carikan Adrianna Auntie Anne Pretzel
dan juga Dunkin Donut :) Mama pun ada beli sushi :)) Tapi tak ingat apa nama kedai Sushi tu.....

Bot dah nampak dah..jom beli tiket dulu :))


Tiket dah beli...jom naik bot...Adrianna happy dapat makan her fav Auntie Anne Pretzel :))
 here we go :))

feeding the fish :) 
so teruja dgn ikan2 yang sgt jinak ini .


Apa yang Damia tengok tu....Actually ada sepasang lagi bangau hitam...Damia musykil kenapa Bangau yang warna hitam tu tak nak datang dekat bila kami bagi makanan :)) 
Agaknya Bangau Hitam tu dah kenyang kot....


So Happy Adrianna, Feeding the swans...

So Happy Arief too......


Semalam di Palace Of The Golden Horses

First Sekali mama nak ucapkan manyyyy thankssss kat Papa dan juga Mamama ( My Mum in Law ) sebab belanja mama, Arief,Adrianna dan Damia duduk rehat kat sini untuk semalamam. Alhamdullilah moga dimurahkan lagi Allah rezeki papa dan mamama :)) AMINNNN...

Secara personal, ini memang antara hotel tercantik yang pernah kita duduk.......Tapi mama lagi prefer hotel kat tepi pantai macam Awana Kijal dan juga Hyatt Regency Kuantan :))


jomm kita tengok gambar sekitar hotel ni....


view from our room...tapi sepatutnya bilik kitaorang ni mengadap Tasek...hemmmmmm.....

 our room :))
Check in dulu :))
Ready nak masuk bilik dah :))

breakfast time:))


Jalan2 sekitar hotel lepas makan :))

My little princess..muahhhhhh


Hero2 mama ..muahhhhhhhh....

.....just Me....

nampak gemuk..ahakksssss.....

Monday, July 18, 2011

Liverpool Vs Malaysia @ Stadium Bukit Jalil

Kali ini kita berpeluang menyaksikan perlawanan live di antara Liverpool and Malaysia team. Sampai juga hajat papa   untuk menyaksikan team Liverpool bermain secara live ni.. dan seperti biasa papa akan bawa kita semua :) Tiket papa dah beli sebulan awal rasanya melalui online.


inilah rupanya tiket tu..
dan yang ini pula free pass untuk trainning session pada 14/7/2011


Tapi kali ni mama tak nak cerita pasal persembahan team liverpool ataupun team Malaysia. Mama sejujur jujurnya memang tak minat bola.hihihihi...

At first, mama risau juga nak bawa Damia masuk stadium. Takut dia meragam...nak gi toilet ke...hemmm...takut bersesak2 dengan orang ramai ke. Plus, mama pun inilah kali pertama masuk stadium tengok BOLA :) But persediaan  awal memang banyak membantu. Kat sini mama nak kongsi  a few tips pada sesiapa yang nak bawa anak kecil masuk stadium.

1) Sebelum masuk ke stadium, bawa anak2 pergi tandas siap2...
2) Mama bawa masuk buku, color pencil, pencil, eraser, magic color dan juga iPad.
3) Air minuman...

Alhamdullilah, My 3 year old Damia dapat bertahan dengan baik sehingga habis game....


Damia yang tak hiraukan sangat game, tapi sibuk mewarna :)

pastu sambung main game kat iPad

pastu makan burger lak...

Ariefdaniel ok je sepanjang masa, sebab Arief pun memang minat bola :)


Adrianna pun ok juga ..enjoyed the game :)


Walaupun terpaksa berjalan hampir 3 km dari tempat parking kereta ke Stadium, Alhamdullilah kami betul2 enjoy :)


Tuesday, July 5, 2011

Roti Oh Roti

hemmm...dah lama tak menulis kat blog ni...minggu exam anak2 dah berlalu, kebelakangan ni pun agak jarang buat aktiviti dengan Damia dekat rumah..hemmmmm...ok enrty kali ni nak bercerita pasal roti dan Pizza...dua2 makanan yang mmg anak2 mama suka makan...

Bread Maker dah kembali ...hihihi sebenarnya dah lama mama dapat bread maker ni, masa tu beli TV kat Seng Heng lebih kurang 5 or 6 years ago...oww mama dah ingat2 lupa... and then dapat buat cabutan bertuah, Alhamdullilah dapat hadiah bread maker ni...lepas tu lama juga mama tinggalkan bread maker ni kat Terengganu, hehehe last week bread maker ni kembali ke rumah...welcome home..


mmg antik sikit la rupa bread maker ni....

dan inilah hasilnya dari encik bread maker untuk hari ni....

 dan lagi untuk makan malam ni....
 pizza ni macam kurang rasa sikit sebab tak letak oregano...sebenarnya oregano tu ada tapi mama tak terperasan yang oregano tu dah expired...huhuhuhu..nampak sangat dah lama mama tak buat pizza....

Monday, June 13, 2011

Apam oohhh Apam...

Dah lama mama teringin nak buat Apam Polkadot yang cute tu. Tapiiiiii.....mood nak memasak tu tak ada...cam mana tu ye (^_^). Tiba 2 dua tiga hari ni, lepas balik2 bercuti rajin la pulak mama nak memasak tapi memasak kuih muih je ye. Agak2nya dah muak kot makan kat luar (^_*). Sedap tak sedap kemudian kira, yang penting mama cuba buat dulu....so, inilah Apam pertama yang mama buat...

wahahaha...colour tu memang gerun sikit kan, kalau nak bagi kat geng2 doktor memang tak makan kot...hihihihi..teringat dulu mama pernah buat puding tembikai untuk papa bawak pergi meeting and then dalam meeting tu ada jugak geng2 doktor...kena complain la puding tembikai mama...too much food colouring (^_*)

Arief suka makan Apam ni, Damia makan juga tapi tak banyak sangat..Adrianna tak berapa suka sebab ada filling bluberry kat dalam tu...dan mama pun sebenarnya tak berapa suka sangat Apam ni...

Memandangkan ovellete banyak lagi, so mama pun buat pulak apam mekar ni...
.
yang ni versi kecik2...tak menjadi sebenarnya Apam Mekar ni, sepatutnya kat atas tu merekah...punyalah mama tunggu tapi tak merekah2 jugak...tapi taste dia sedap dan lembut...Damia yang banyak makan Apam mekar ni..lagipun size kecik...sesuai untuk sekali ngap je (^_^)


isi kat dalam Apam Mekar ni memang lembut je...



yang ni versi besar sikit (^_^)...pun tak mekar2 jugak Apam ni....



Mama rasa mama lagi prefer Apam Mekar daripada Apam Polkadot (^_*)

Hati...tabahlah......

Balik2 kerja tadi mama on FB and then terus sahaja seorang kawan mama masuk chat and bertanya pada mama  " macam mana nak bersabar dengan anak?" lebih kurang macam tu lah soalannya. MasyaAllah, mula2 mama agak terkedu dengan soalan begini, yang selebihnya mama rasa seolah2 soalan tu lebih tertuju untuk diri mama sendiri. Kebelakangan ini memang mama rasa mama pun cepat juga nak marah dengan keletah anak2...aduhaiiii....ehemmmm....

Walaupun baru je di amanahkan 3 orang anak tapi kadang2 tu boleh pusing2 juga kepala dibuatnya. Kadang2 mama rasa nak ajar anak orang lain lagi senang tau dari nak ajar anak2 sendiri....

Lepas tu mama terjumpa satu hadis yang best utk di baca....mama copy paste je ye...

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jikalau seseorang menghilangkan satu dari kesusahan seseorang di dunia ini, Allah akan menghilangkan satu kesusahan darinya pada hari akhirat.

Dan jikalau seseorang menyembunyikan satu kesalahan seorang muslim, Allah SWT akan menyembunyikan kesalahan-kesalahannya di akhirat, Allah SWT akan tetap membantu seorang selagi dia membantu saudaranya. (HR Musnad Ahmad)





Ya Allah permudahkanlah semua urusan mama, papa, anak2 mama, ahli keluarga, para sahabat dan seterusnya seluruh umat islam....Amin Ya Rabbal Alamin.....

Saturday, June 11, 2011

Bunga...Bunga...Bunga...

Entry yang saja2 je mama nak tulis hari ni...hihihihi...best sebab dapat tambahan lagi cuti hari ini sempena Piala FA Terengganu lawan Kelantan semalam. Opppsssss mama tak nak tulis pasal bola sebab mama memang tak minat langsung dengan bola.

Balik kampung baru2 ni mama sempat ambil gambar bunga2 yang Tok Pah  tanam kat depan rumah, petang tu mama ajak Damia main kutip2 bunga. Selalu tengok bunga dalam gambar je kan. Sambil Damia petik sambil mulut mama membebel pasal warna bunga, saiz bunga,ada bau ke tak, berapa banyak bunga yang Damia dapat kutip...blablabla...hihihihi...Damia enjoy je buat aktiviti ni. sesi pembelajaran yang santai, no cost at all plus hands on activity...

 errr mama pun tak tahu apa nama bunga ni...


yang ni mama tak tau juga bunga jenis apa..dan nasib baik jugak Damia tak tanya "mama, ni bunga apa" hehehehehehehe...

errr ni bunga apa ye....


Pokok Bunga Kertas...antara spesis pokok bunga yang memang boleh hidup lama....


 Damia dan sepupu, Iqbal....