Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Saturday, March 17, 2012

Movie Time " The Lorax" @ Mesra Mall, Kerteh ( 16/3/2012)

Cuti sekolah kali ni, berjaya juga kita pergi tengok Movie "The Lorax"...mmg best cerita ni..Damia asyik tergelak je dalam cinema :D hihihihi...okeylah tu, antara cerita yang berjaya menarik perhatian Damia, bermakna Damia boleh duduk diam2 sampai habis cerita .......dan semua orang boleh menikmati cerita denga aman...heheheheh...

Sampai kat Mesra Mall ni betul2 sebelum masuk sembahyang jumaat, mama, Adrianna dan Damia solat kat surau dalam Mesra Mall. Papa dan Arief pergi solat Jumaat kat Masjid. Siap semuanya solat, kita lunch dulu kat Burger King.( errrr bilalah Kelantan nak buka Burger King ..hihihihihi..)

menunggu makanan :D

Disebabkan arief dah anti sesangat kat Restoren McDonalds...maka kat sini makanlah ye sungguh2 wahai anakku :D ...
......Bismillahhirahmanirrahim....

....yummyyyyy.....errrr ni papa punya :D

tadaaaa....mushroom burger ni utk mama..Alhamdullilah...sedap...
dah siap makan kita pergi tengok movie pula...............jommmmmmmmmmmmmmm....

macam biasa berposing lah dulu....

beli popcorn dulu....
 kasut yang Damia pilih...tetap dengan warna purple .....


.....shopping time ....
okey...semua dah siap...jom kita balik...



Tuesday, March 13, 2012

Sepagi Di UniFESt USM Kubang Kerian ( 9/3/2012 )

Hemmmm.....macam hari terbuka Kolej sebenarnya unifeSt USM ni...teringat zaman mama dan papa masa belajar dulu2...dulu berdua, lepas tu bertiga...berempat..berlima...berenam???....opppssss....hikhikhik....


Damia sakit kaki ( melecet je ) kakak Adrianna tolong tolak ye...


....................Kami dah sampai.................


ouchhhhh...hehehe...mama pun buat pemeriksaan kesihatan, BMI okey, Gula..tinggi sikit...tekanan darah pun okey :)   soalan dari adik2 yang memeriksa :" Berat badan akak makin menurun ke?" mama jawab..." Errr rasanya makin naik adalah..." hahahaha....last soalan,..kenapa muka pucat je???errr ye ke???
demi kesejahteraan dan kesihatan, maka mama rasa mama perlu buat pemeriksaan kesihatan...check kolesterol dan juga gula dalam darah....

 Arief sedang mengisi borang untuk pemeriksaan gigi percuma....



.Turn Damia pulak.....cool je, tak takut pun.....

............Alhamdullilah........

Semalaman Di Villa Danialla Beach Resort ( 9/3 -10/3/2012)

Dah lama rasanya tak beristirehat kat mana2...cuti sekolah kali ni, kita pergi tempat yang dekat sahaja dengan rumah, perjalanan tak sampai sejam pun..hihihi...tak apa lah kan, janji ada pantai dan kolam renang untuk anak2 mama berendam (^_^)

bergambar dulu sementara menunggu papa check in
mmg best duduk kat sini, hijau sekeliling :)

 tadaaaa...ini bilik kami...serba serbi putih....villa ombak namanya...
 ready nak pergi mandi kolam....tinggi tangga nak kena panjat :)
opssss..dah penat2 mendaki tangga...silap kolam rupanya, memandangkan anak2 mama tak pandai lagi berenang, kita cari kolam untuk kanak2 ye :)
okey kita dah jumpa kolam untuk kanak-kanak..kat bawah rupanya...jom kita menuruni tangga plak ye anak2 ku....
yeayyyy...acara yang ditunggu2..kannnnnnnnn.....




Setelah bekerja keras ( errrr kerja keras ke ???hikhikhik...) seketika dapat menikmati ketenangan begini amat menenangkan...caj balik segala yang positif untuk jadi lebih positif dari semalam...Alhamdullilah :)



Friday, February 3, 2012

2012

lama dah rasanya mama tak menjengah blog ni kan.....
agak lama juga dah tak bercuti ke mana-mana ngan anak2....
akhir dan awal tahun ni yang agak sibuk sikit....
hihihi....dan yang pastinya, anak-anak mama makin membesar dari hari ke hari....
 ini gambar terbaru Damia ( 3/2/2012)...
Alhamdullilah, suka sangat pakai tudung bila nak keluar rumah...( selalu cakap, Damia mcm kat dlm majalah Sayang Muslim kan Mama..hehehe...bdk ini sangat  terpengaruh dengan majalah Sayang Muslim itu )
Tahun ni sudah pandai menulis nama sendiri...membaca serba sedikit...
Pantang bila orang tak baca doa makan sebelum makan, maka potpet2 lah si Damia ni menegur....


kedua- dua buah hati mama ni pun dah makin besar jugak...
Insyaallah tahun ni mama akan perbaiki segala kekurangan mama dalam mendidik ank2 mama...

errrr...dengan kata lain, nak jadik lebih SABAR...
emmm....Nak jadi PENDENGAR YANG BAIK. pada ank2 mama...


 semoga dipermudahkan Allah semua urusan kita..AMIN>>>>Selagi Hayat di kandung badan....

Sunday, November 27, 2011

Sepagi di 'Perpustakaan Awam Islam Dar Nur Al - Zahra.'

Cuti sekolah kali ni tak pergi mana2 lagi...jadi kita jalan2 area Kota Bharu sahaja lah ye :)

Destinasi kali ini ialah  Perpustakaan Awam Islam Dar Nur Al - Zahra........................



Sehari sebelum tu, mama jadi MC untuk Majlis Graduasi Tadika Akrab Bestari....dah lama tak jadi MC....hihihihihi.....


Wednesday, November 16, 2011

Hasil Lukisan Damia hari ini.....

Happy Birthday Mak.................

Selamat hari jadi mak....tunggu mak balik 20/11 nanti baru boleh peluk2 and cium mak.....Semoga mendapat haji yang mabrur....dipermudahkan Allah dan diberkati semua urusan...

Terima kasih banyak2 mak untuk segalanya.............mMMmuuahhhhh.....


Happy belated birtday juga untuk ayah ( 10/10)


Alhamdullilah  tahun ni mak dan ayah sambut birthday kat Mekah...


-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...