Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Sunday, February 20, 2011

Ketenangan itu Indah.....

Saya tak ada entry yang menarik untuk ditulis kali ini ( hemmm jadual agak padat ngan ank2 yg kurang sihat dan exam ank2 yg akan bermula esok..Ya Allah bukakanlah pintu hati anak2ku, permudahkanlah urusan ank2 ku, AmIn Ya RaBbal Alamin....

Alhamdullilah, hati ini terasa sgt tenang petang ni ( walaupun ada lagi benda yg tak settle )....melihat langit kat luar pun terasa sejuk yg mendalam je dalam hati ini (^_^) che wahhhhhh



Alhamdullilah, tapi ini bukanlah permandangan daripada luar tingkap rumah saya. (sy download dari internet je ) .tapi cantikk kan..kan..kan...

terlintas kat dalam hati beberapa perkara :

1) kalau dulu bila bawa kereta, sgt2 tidak suka ngan gelagat ank2 muda yg bawa motor mcm2 gaya, bkn shj membahayakan diri sendiri tapi jugak nyawa orang lain...Tapi tak suka juga kalau orang2 lain menyumpah @ memarahi dgn bahasa kasar kat bdk2 motor ni...hemmm, cuba kalau kita tukar rasa amarah tu dgn doa...doakan supaya ank2 muda ni berubah menjadi baik...saya rasa lagi ok kot, daripada kita marah2 dan doakan supaya bdk2 yg bawa motor secara merbahaya ni masuk longkang ke, tertonggeng kat atas jalan ke...kan kan kan...( tukarkan doa kita yg negatif jadik doa yg positif )...hihihi sy rasa automatik hati kita pun boleh jadi tenang balik (^_^)

2) Ada orang yg rapat dengan saya pernah merungut, ( sebelum tu situasinya kat atas jalan raya jugak) sedang bawak kereta , tiba2 kereta belakang potong double line dan bawa laju plak tu...huhuhuhu...orang ni pun berkata, cuba kalau kita yg buat camni, mesti polis dah saman..tapi kalau orang lain buat, lepas je @ erti kata lain tak ada polis lah masa tu untuk menyaman...Dlm hati saya, "sebab Allah sayang kat kita lah tu, bila buat salah terus dapat peringatan...maunya berkali2 buat salah tapi tak pernah kena saman, mesti kita tak takut @ kurang berhati2 lagi bila bawak kereta....hihihihi....ada2 je kan...tapi betullah kalau kita tukar sesuatu yg negatif tu jadik positif..hati pun rasa cool aje...hihihi..rasa nikmatnya mcm minum ABC Special di hari yg panas terik...

3) Yang ke tiga nya, kadang2 bila kita berkumpul lebih daripada seorang,( maksudnya dlm group tu ada 2,3 atau selebihnya ahli) kadang2 tanpa kita sedari topik perbincangan dah termasuk bab2 gosssiippp....hihihi...bahaya sebenarnya gosip ni...silap2 gaya boleh mendatangkan fitnah dan kadang2 mmg susah nak elak ( ye lah, takkan lah kita gi kerja @ jalan2 nak tutup telinga dan mulut sepanjang masa kan....) Silap2 haribulan orang ingat kita pekak atau bisu plak..tak ke haru (^_^) Tapi secara mudahnya, memang kita tak boleh nak tutup mulut orang daripada bergosip...tapi kita sebenarnya boleh tutup mulut kita sendiri daripada menyampaikan sesuatu yg kita dengar yg kita sendiri pun tak tahu kesahihan beritanya..(^_^)....kan..kan.. kan

hemmmmm jommmm kita sama2 cuba

(PEACE)

"Jauhilah oleh kalian buruk sangka, sebab buruk sangka adalah sejelek-jelek perkataan. Jangan saling mencari tahu (aib orang lain) dan jangan saling mengata." - [Riwayat Abu Daud:4271]


“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)






YA ALLAH
, i don't deserve to be in your heavens.. though, i'm not willing to face hellfire.. please forgive all my sins and accept my repentance.. as you are the forgiver of big sins.. my sins are like sands scattered along the beach.. with your power, please forgive me, YA ALLAH.., please safe us all, from all the wrongdoings and disasters.. we are afraid, we really rely on you.. strengthen our love towards you.. we are your servants who rely on your mercy.. AMIN YA RABBAL ALAMIN

No comments:

Post a Comment