Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, March 23, 2011

HappY Birthday Ariefdaniel Iskandar (10 yrs old)

HAri ini pada pukul 2.57 tengahhari tadi genaplah 10 tahun Mama memegang status ibu...genaplah juga umur anak sulung Mama 10 tahun...rasanya macam baru je Mama melahirkan Arief...rasanya masih ingat lagi pengalaman pertama Mama masuk labour room...masa tu umur Mama baru 23 tahun...ARief dilahirkan hari Jumaat,sampaikan papa pun tak sempat pergi solat Jumaat sebab masa tu temankan mama di bilik bersalin...takut, sakit semua Mama rasakan waktu tu...almaklumlah pengalaman pertama melahirkan anak...

Sepanjang mengandungkan Arief, macam ibu2 mengandung yang lain juga, Mama mengalami alahan yang agak teruk di peringkat awal kehamilan...asyik2 uwekkkk je...makan keluar makan keluar...hihihihi....lepastu Mama juga hampir kehilangan Arief disebabkan bleeding semasa kandungan nak masuk 3 bulan...dapat mc seminggu dan satu injection...lepas tu kena baring and rehat je kat rumah....

Lepas tu bermulalah episod makan2 @ selera Mama yang semakin bertambah baik...malam2 pun Mama boleh bangun masak kari...aiyyo...hasilnya, berat badan Mama naik dan naik melebihi target...hihihihi...dari 45kg sampai jadi 73 kg....

Disaat2 akhir kehamilan ni...Mama tak ada masalah cuma leaking more than 24 hours, so selepas dilahirkan terpaksalah Arief ditahan selama 3 hari utk menghabiskan antibiotik....lepastu sambung lagi 2 hari disebabkan Arief terkena jaundice....

itulah antara memori2 yang masih lagi Mama ingat dan Mama key in kat sini utk tatapan Arief...Semasa mengandungkan Arief, papa masih belajar lagi di UUM, kita tinggal kat Changlun masa tu, Mama buat pemeriksaan kesihatan dekat klinik kesihatan Changlun dan juga Klinik Watie...tapi rasanya Klinik Wati ni dah tak wujud lagi...Arief sempat membesar selama setahun di Changlun, lepastu kita berpindah ke Kota Bharu...

Entri kali ni Mama tak sertakan gambar...sekadar cerita sahaja...

Nanti Mama nak cari gambar2 Arief masa kecik....hihihihi

No comments:

Post a Comment