Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Saturday, August 27, 2011

Almond London Cookies

Hari ni berjaya buat lagi satu jenis biskut raya...biskut kegemaran anak2 juga (^_^)

 Nampak berterabur saja badam cincang kat atas biskut ni sebab di tabur oleh my lil chef (^_^)

Resepi ni memang mama dah ubahsuai...ikut citarasa aka sesuka hati...hehehehe

Bahan2
250 gm Mentega
1 cawan Icing Sugar
1 biji Telur
sedikit esen vanila
1/2 cawan badam kisar
1/2 cawan nestum@oat ( Kisar halus)
1/2 cawan Tepung jagung
Gandum secukupnya 
Badam biji secukupnya ( bakar siap2)
Badam cincang secukupnya( untuk ditabur kat atas)
Coklat masakan ( mama cairkan dalam microvave @ guna teknik double boiler )
Kertas Cawan

Cara2

Pukul mentega dan icing sugar sehingga kembang
Masukkan telur, pukul lagi
Masukkan esen Vanila
Masukkan badam cincang, oat dan Tepung jagung ( Gaul sebati/pukul dgn mixer je )

Masukkan gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan ( nak senang kiranya cam boleh diuli dan tak lekat kat tangan...

Letakkan sebiji badam, bentukkan adunan dan bakar.
bila biskut dah sejuk baru  celupkan dalam coklat yang dah cair
Tips nak coklat cair cepat : cincang halus2 coklat masakan sebelum dimasukkan dlm microvave@ guna teknik double boiler.......................

Sekian..................

ini merupakan salah satu aktiviti yg mama suka buat dgn ank2 mama :)

1 comment:

  1. yummy ! pandainya Ani buat kuih raya....kita beli je kuih2 raya yg lain...hehe...Selamat Hari Raya ! :)

    ReplyDelete