Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, March 23, 2011

HappY Birthday Ariefdaniel Iskandar (10 yrs old)

HAri ini pada pukul 2.57 tengahhari tadi genaplah 10 tahun Mama memegang status ibu...genaplah juga umur anak sulung Mama 10 tahun...rasanya macam baru je Mama melahirkan Arief...rasanya masih ingat lagi pengalaman pertama Mama masuk labour room...masa tu umur Mama baru 23 tahun...ARief dilahirkan hari Jumaat,sampaikan papa pun tak sempat pergi solat Jumaat sebab masa tu temankan mama di bilik bersalin...takut, sakit semua Mama rasakan waktu tu...almaklumlah pengalaman pertama melahirkan anak...

Sepanjang mengandungkan Arief, macam ibu2 mengandung yang lain juga, Mama mengalami alahan yang agak teruk di peringkat awal kehamilan...asyik2 uwekkkk je...makan keluar makan keluar...hihihihi....lepastu Mama juga hampir kehilangan Arief disebabkan bleeding semasa kandungan nak masuk 3 bulan...dapat mc seminggu dan satu injection...lepas tu kena baring and rehat je kat rumah....

Lepas tu bermulalah episod makan2 @ selera Mama yang semakin bertambah baik...malam2 pun Mama boleh bangun masak kari...aiyyo...hasilnya, berat badan Mama naik dan naik melebihi target...hihihihi...dari 45kg sampai jadi 73 kg....

Disaat2 akhir kehamilan ni...Mama tak ada masalah cuma leaking more than 24 hours, so selepas dilahirkan terpaksalah Arief ditahan selama 3 hari utk menghabiskan antibiotik....lepastu sambung lagi 2 hari disebabkan Arief terkena jaundice....

itulah antara memori2 yang masih lagi Mama ingat dan Mama key in kat sini utk tatapan Arief...Semasa mengandungkan Arief, papa masih belajar lagi di UUM, kita tinggal kat Changlun masa tu, Mama buat pemeriksaan kesihatan dekat klinik kesihatan Changlun dan juga Klinik Watie...tapi rasanya Klinik Wati ni dah tak wujud lagi...Arief sempat membesar selama setahun di Changlun, lepastu kita berpindah ke Kota Bharu...

Entri kali ni Mama tak sertakan gambar...sekadar cerita sahaja...

Nanti Mama nak cari gambar2 Arief masa kecik....hihihihi

Saturday, March 19, 2011

School Holiday March 2011

Okey....cuti sekolah kali ni anak2 mama tak bercuti kemana2..kita hanya balik kampung sahaja...
hihihihi sebabnya nak menghantar tokki dan tok pah yang hendak mengerjakan Umrah....

Tapi sebelum tu, mama sempat juga membawa anak2 mama sekejap ke Taman rekreasi Batu Burok...hihihihi..saja2 jalan pada waktu petang ....jom layan gambar2 kat bawah...


Ambil gambar dulu sebelum berpeluh2 nanti.....


nak pergi Taman Rekreasi ni hanya berjalan kaki sahaja.....hihihihi


walaupun tempat ni basah sebab hujan, tapi kami tetap nak jogging jugak...hehhehehehe...

bersenam dan bersenam....iyyahhhhhhh....


Damia pun nak cuba mama...

Mama kasi can main air....hihihihihihi....

Itu sahaja aktiviti yang sempat kita buat sama-sama untuk cuti sekolah ni....

pada 18/3/2011, kita semua ke airport KT untuk menghantar TokKi dan Tok Pah yang akan mengerjakan Umrah...Semoga dipermudahkan Allah segala urusan Tokki dan Tok Pah sepanjang berada di sana..
Amin Ya Rabbal Alamin....




Tuesday, March 15, 2011

string puppet....

Dah lama sangat mama nak buat string puppet ni...mama belajar buat ni waktu join kursus KAAKK...
hemmm waktu tu Damia pun tak ada lagi..hikhikhik.....5 or 4 years ago....

masa praktikal, buat benda ni dan budak2 enjoy sangat...rasanya masa tu cerita pasal kereta....sebabnya, boleh nampak kereta tu bergerak2..hihihihi....

Ni yang sempat mama buat hari ni dengan dibantu oleh my daughter @ my assistant ^ kakak Adrianna and Damia^

comel kan....hihihihi..ini gambar yang dah siap.




step2 nak buat ada kat bawah ni.....

Mula2 sekali lukis gambar pokok...atau apa2 tema aje.....apa2 yang terlintas difikiran dan sesuai untuk imaginasi anak2....


nampak tak ada 5 garisan tu....yang tu nanti kita nak potong guna pisau....


lepas tu potong ikut garisan...part ni biar mama yang buat...ngeeeeeeeee


macam biasa, Kakak Adrianna yang ambil bahagian mewarna.....


yang ni yang dah siap colour...lepastu carilah patung2 kecik @ pun boleh aje lukis buah apple, monkey.bird @ apa2 gambar je yang menarik untuk kanak2...

kali ni mama nak guna patung2 elmo yang kecik cam kat bawah ni...

Ni antara koleksi mainan yang mama dan papa ada/beli  sebelum Abang Arief, kakak Adrianna dan Damia lahir lagi,,,masa tu mama dan papa duduk kat changloon....hihihi, sanggup tiap2 minggu ke selang 3 hari pergi ke Alor setar untuk beli set ni kat M'Donalds.....Alhamdullilah, cukup set tu...dan sampai sekarang masih ada lagi tergantung kat bilik anak2 mama....nostalgia tu.....
(^_^)

okey2, berbalik kepada projek kita....lepas tu ikat badan anak patung ni dengan tali ( sbb tu dipanggil string puppet..sbb guna tali ) 

masukkan pada bahagian yang telah dipotong ikut garisan tadi....kat belakang tu boleh ikat dengan apa2 sahaja supaya anak2 patung ni tak terlucut waktu kita tarik ke atas dan ke bawah bila main nanti....


HASILNYA..TADAAAAAA


mainlah ikut kreativiti masing2 ngan anak2....
nak memperkenalkan up and down pun boleh...
nak ajar counting pun boleh
nak ajar adding pun boleh
nak ajar take away process pun boleh
nak reka2 cerita pun boleh...

anak2 patung ni boleh bergerak keatas dan kebawah bila kita tarik tali yang ada kat belakang tu....

ni yang mama buat dengan Damia...ajar counting from 1 to 5...



Satu dah naik kat atas pokok...
berapa lagi yang ada kat bawah.....Damia pun start mengira....hikhikhik..betul ke salah kiraan Damia kemudian kira...yang penting kita perkenalkan dahulu....
nak lagi cepat sesuatu sesi pembelajaran, biarkan anak2 menggunakan semua deria yang ada...

hihihihi.....

itu saja...nanti kita ganti plak anak patung ni ngan buah epal plak ke...monkey ke...atau apa2 yang sesuai ye Damia...ngeeeeeeeeee.....

Monday, March 14, 2011

Kotak Tv bertukar Menjadi TV mainan n Puppet Plays....

Wahhh...Alhamdullilah, hari ni mama rasa free sangat2...
Semalam dapat kotak ni....dah terbayang2 idea nak buat apa ngan kotak ni....
Maka inilah projek mama dan anak2 mama untuk pagi  ini....
2,3 hari lepas kita asyik keluar jalan2, pergi PC Fair, window shopping, jalan2 cari makan....
So hari ni kita buat project art n craft kat rumah sahaja ye....
Dan yang paling best...ZERO COST.....hehehhehe.....


iskhhh..gambar blurr la plak...tak apa, yang pentingnya,inilah kotak yang mama jumpa...sayang nak buang kan, sebab kalau rajin dan ada masa, mcm2 benda boleh buat ni...........


Mula2 sekali kita potongkan kotak ni, macam saiz skrin TV....dan hasilnya kat bawah ni...oppppsss bab2 memotong dengan pisau yang teramat tajam ni, biar jadi tugasan mama dulu ye,,,hihihi...Damia boleh gunting dulu apa2 yang patut..hikhikhik...Hasilnya...






Dah siap...hikhikhik TV mainan jenama TOSHIBA hasil kerja mama and the geng.......
Susun atas kerusi...Dah boleh main....sambil2 diaorang main, bolehlah mama pergi menyapu kejap..hikhikhik


Simple je kan...nak cantik lagi, bolehlah diwarnakan.....hikhikhik....Damia sedang membuat persembahan lagu negaraku.....


Perasan tak, saya dah tutup dengan kain putih kat belakang kotak ni....lalu kotak Tv bertukar menjadi kotak untuk puppet play plak....kenapa tutup kat belakang? Sebabnya taknak bagi nampak orang kat belakang tu..hihihi nak bagi nampak puppet sahaja....

HASILNYAAAA.....TADAAAAA



hikhikhik....siap pun....
bolehlah cerita macam2 kat anak2...ini alternatif lain daripada hanya membaca buku cerita untuk anak2...ataupun biarkan anak2 plak yang mereka2 cerita....imaginasi...anak2 pun akan lebih tertarik sebab puppet ni boleh bergerak2...guna anak patung pun boleh...ni Abang Arief guna anak patung frog sebab semua puppet mama tertinggal kat dalam kelas.....


Ni gambar kat dari belakang....
opppppsss abaikan ampaian baju tu..
kat KB ni asyik hujan je 2, 3 hari ni......so terpaksalah jemur baju di dalam rumah...HIKHIKHIK.....



Damia ni mmg cepat boring...sekejap je dia main, pastu dia dah nak buat benda lain....


Tadi dia asyik memerhatikan mama yang asyik mengukur menggunakan pembaris...."now it's my turn to try"...agak2nya inilah yang Damia fikirkan....ok, main2 dulu lepas tu pergi mandi ye.................

(^_^)

Before and After.....

Cuti sekolah dah bermula selama 3 hari bila mama menulis kat sini...hemmmm...cuti sekolah kali ni kita tak pergi ke mana2..aktiviti cam biasa balik kampung sahaja...Entry sebelum ni tentang birthday Damia...hihihi..kali ni untuk birthday Damia, bukan saja Damia yg dapat hadiah, tapi juga kakak Adrianna dan juga mama pun dapat jugak,,,,Syukrann Ya Papa,,muazzzzzz

kenapa entry kali ni bertajuk before and after...jommm kita tengok gambar2 kat bawah..layannn....


Ini PSP yang Abang Arief dapat dari grandma untuk birthday Abang Arief tahun lepas (ke tahun sebelumnya, ooww mama dah ingat2 lupa ni...)...agak lama jugak benda alah ni rosak dan duduk kat kedai...elok2 masa hari jadi Damia hari tu, PSP Abang Arief ni siap dibaiki....maka bermulalah cerita seterusnya.....


Lepas tu Papa pun decide nak belikan untuk Kakak Adrianna juga...maka dapatlah juga kakak PSP yang warna pink ni...warna kegemaran kakak...happy la tu....

Dan yang ini untuk birthday girl...Damia...hikhikik...yang Damia ni bukanlah brand SONY...tak apa lah ye cayanggg...lagipun sebab kecik lagi kan...ni pun papa belikan sebab kesian tengok Damia terjenguk2 nak tengok yang abang dan kakaknya punya. 
( ^_^)

Itulah yang mama maksudkan dengan tajuk BEFORE AND AFTER tu..
BEFORE ada satu je yang Abang Arief punya
AFTER jadi tiga.......


Satu lagi...yang pink kat bawah tu adalah surprise yang papa hadiahkan kat mama...
MASYA ALLAH, happy sangat....SYUKRANN again Ya PaPa........
ALHAMDULLILAH YA ALLAH....




ini lah gadjet2 peneman mama kat rumah........sementara menunggu papa dan ank2 mama balik dari kerja dan sekolah......
ada satu lagi item kegemaran mama, yg selalunya memang ada dalam beg tangan mama..hihihih..CAMERA CYBERSHOT SONY...

that's all........for now.......
(^_^)


Thursday, March 10, 2011

DAMIA~3 years old~

Esok ( 11/3/2011) genaplah umur my little girl Damia 3 tahun....hihihi saja je mama buat birthday party awal sehari supaya Damia boleh celebrate birthday dengan kawan2 dan teachers kat kindy...lagipun bermula esok, sekolah start cuti selama satu minggu....mama sempat buat cupcakes sahaja untuk Damia....mama pilih warna purple, sbb mama tahu, purple mmg warna favourite DAMIA....

Ni antara gambar2 Damia and the geng.....and let the pictures tell the story (^_^)


hihihi DAMIA lebih berminat nak tiup belon daripada cupcakes kat depan....heheheheh...
dan sampailah waktu mama key in story ni, DAMIA maih belum lagi berjaya meniup belon....hikhikhik, tak apa  anakku sayang..cuba lagi...USAHA TANGGA KEJAYAAN...heheheh cam skema je pesanan dari mama ni ye.....


kawan2 yang lain sibuk2 makan, mama tengok Damia tetap dengan belonnya.....fufff..fufff....pipi saja yang kembung, belon nya macam tu jugak..hikhikhikhik.....


hikhk....dalam berpeluh2 dan kalut2 melayan kawan2 Damia yang nak makan , sempat juga mama snap gambar ngan DAMIA...hikhik yang kat sebelah ni SHAMEEL, anak teacher NA...Salah seorang student mama yang rapat dengan mama dalam kelas (^_^)
perasan tak ?????
Kat mulut DAMIA tetap ada BELON.......tak berjaya lagi tu nak tiup belon......SAYANGGGGGG anak MAMA....


HAPPY dapat hadiah dari kawan2 dan teachers...MANY THANKS and ALHAMDULLILAH.......

damia cakap, ini kad dari teacher B....HIHIHII  guru kelas DAMIA (^_^)

Acara membuka hadiah dengan kakak ADRIANNA dan abang ARIEF kat rumah.....
Pst/ (abaikan pemandangan bersepah kat belakang..hhihi baru sampai dan mama tak sempat nak kemas rumah..kihkihkihkih)

WITH abang ARIEF.......



    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Amin ya RABBAL alamin......

Saturday, March 5, 2011

Ganu Kita~5 March 2011~

Hujung minggu baru2 ni,seperti biasa balik kampung...hihihihi yang menariknya kali ni berkesempatan bawa ank2 jalan2 naik bot penambang dan juga bas bandar....cuti2 yg tak memerlukan kos yang banyak dan yg penting semua orang enjoy (^_*)

oppp, yang ini bukanlah bas bandar yg mama maksudkan..hehehehe..yang ini bas ekspress yang chu B (my younger sister ) naik utk pulang ke kedah. Bermula dari sinilah terlintas nak bawa anak2 mama naik bas...hihihihi...yang istimewanya bas bandar kat KT ni ialah,badan bas ni diperbuat dari kayu....


Sampai je kat tempat menunggu bas ni, jam baru menunjukkan pukul 9.15...tengok2 jadual bas seterusnya ialah pada pukul 10.30 pagi....errrrkkk lagi 45 minit mau tunggu...ohh tidak,mesti ank2 mama boring...hihihihi, memandangkan dah dekat sangat dgn tempat bot penambang ke PULAU DUYONG (jalan kaki je dari bus stop ), MAKA kami pun sepakat untuk naik bot penambang...hehehe...mengelilingi PULAU DUYONG ... murah sangat tau...kami naik dalam 6 orang dewasa dan 4 orang kanak2, pusing2 selama 1/2 jam...pakcik tu cuma mabil rm25.00 je..ALHAMDULLILAH, MOGA DIMURAKAN LAGI REZEKI PAKCIK TU..AMIN...

JOM KITA LAYAN GAMBAR2 NI..(^_^)


Iniah rupanya bot penambang tu..salah satu pengangkutan awam yang mama rasa tradisional jugaklah dan masih lagi di amalkan di TERENGGANU....

haaa  inilah rupanya bot yang kami naik...pakcik yg baju biru tu, driver bot ni..errrr betul ke panggil driver...ke nak panggil apa ye...hihihih...tapi pakcik ni mmg sporting habis......

yeay2..dah dapat naik bot...trip kali ni best sebab slain kami, cik JA dan TOK pah pun ikut jugak....





ARIEF berulang kali tanya kat mama..

1. "Mama, mcm mana ye kalau bot ni sesat'?
2."Mama, macam mana kalau ada ikan jerung kat dalam air ni'?
3. "Mama, macam mana kalau bot ni habis minyak"?

hemmm..anak mama yang sorang ni.....
Seterusnya, kai nak cuba naik bas pulak...trip yg kami plih ni ke Chendering-Bandar KT...
NI lah rupa bas bandar tu.....
ni gambar sebelum naik...

Inilah gambar di dalam bas kerusi pun mcm kerusi taman je...komen dari papa, kalau berlaku accident, bahaya ni...hikhihkhik...DAMIA cam boring2 sikit naik bas ni..asyik tanya 'Bila nak sampai ni mama ?"
ARIEF dan ADRIANNA okey je.....



itu sajalah entry utk kali ni........................................