Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 14, 2011

Sepagi di Pasar Siti Khadijah....

Wahhhh...pagi2 lagi papa ajak pergi ke pasar Siti Khadijah untuk cari makanan...hehheheheh....best  jugak tu,sebab rasanya memang dah lama sangat tak pergi pasar Siti Khadijah. Selalunya bila ada tetamu datang rumah barulah kami pergi ke Pasar ni untuk bawa tetamu2 pergi berjalan2....

Turun dari rumah tadi dalam pukul 7.30 pagi...Alhamdullilah senang dapat parking pagi ni...orang pun tak ramai lagi...



Inilah rupanya nasi tumpang...mama dah beberapa tahun duduk kelantan baru kenal nasi tumpang ni...taste dia okey jugak (^_^). Itupun papa yang bagitau...first time papa makan masa ada meeting beberapa tahun lepas...lepas tu papa pun belikan  dan perkenalkan plak pada mama (^_^)...


Kebanyakan kuih muih kat sini memang manis2 tau...Tapi mama kagum sungguh tengok muka adik2, kakak2 @ makcik2 yang menjual kat sini...Ya Allah kulit muka diaorang LICIN dan putih2 (^_^)....

Ni makanan ke dua yang mama dan Adrianna cari kat Pasar ni...Etak Salai...mungkin tak ramai yang makan etak ni...tapi kami suka...errrrr papa pun tak makan sebenarnya....tu tengok Adrianna beli Rm4 tu....buat sarapan pagi...hihihihihi

Nasib baik mama tak rambang mata tengok kuih muih ni sebabnya mama sibuk2 kan diri snap picture....hehehehehe....

Kedah Trip (8 April -10 april 2011)

Seminggu berlalu baru mama sempat nak key in story pergi ke Kedah ni...Kali ni kita pergi ke Kedah untuk menghadiri perkahwinan kawan papa masa sama2 belajar dulu.

Sambil2 tu sempatlah jugak kita pergi ke The Carnival Sungai Petani, Bukit Kayu Hitam, UUM, Muzium Padi dan juga yang paling best Ladang Anggur Kuala Beris..mula2 dengar cerita pasal ladang anggur ni mama macam tak percaya je, anggur boleh ditanam secara komersial kat Malaysia ni...hikhikhik..


 Bertolak dari rumah pukul 1 tengahhari, sampai ke Kedah dah petang pastu check in kat Hotel Seri Malaysia Alor Setar, Pagi sabtunya masuk ke UUM sekejap untuk ambil Chu B, pusing2 kejap je dalam UUM pastu bertolak ke Bukit kayu Hitam...hehehhe tak shopping pun  just beli sedikit choclate untuk mkn2 dalam kereta...

 sempat berlari2 kejap kat Dewan Mas UUM....
Inilah Dewan Mas UUM, nostalgia je tempat ni untuk papa dan mama...
Inilah tempat Mama dan Papa sama2 konvo....

From Bukit kayu Hitam, balik hotel jap..untuk tukar uniform and then menghadiri  Kenduri kahwin kawan Papa..fuhhhh berapa kali tersesat semasa nak mencari Dewan Kilat, tempat di mana kenduri ni di adakan...Alhamdullilah jumpa jugak tempat tu...bila2 sampai je..tak percaya sungguh, boleh je si Arief ni mengamuk + menangis lagi tu sebab takut terlambat ke The Carnivall....hemmmm...mmg moody all day Arief hari tu :(  
Mama kesian kat papa tak sempat nak bergambar dengan kawan2nya...tapi papa tetap cool aje...hehehehehe


haaa tengok muka orang mengamuk dah Ok...hikhikhik..sebab dah sampai kat tempat yang ditunggu2....eiikkkk cepatnya Damia salin baju....
 Inilah the carnivall..hemmm mmg tak banyak gambar sebabnya...semua orang terjun dalam air...hihihi mama pun sekali lah tu sebab Chu B ada sekali...so tak adalah malu2 sangat nak terjun....hahahhaha....rindu plak dengan bubble spa...frust jugak mama ngan chu b sbb tak dapat naik gelongsor air yang berpusing2 tu..huhuhuhu...kami tengok je lah Adrianna dan Arief berulang kali turun naik (^_^)
Mama ngan Chu B tak dibenarkan naik sebab pakaian tak memenuhi kriteria...hikhikhik...ngan bertudungnya ngan berseluar trek lagi...kihkihkih....
Adrianna possing kejap sebelum terjun dalam air (^_^)

Lebih kurang jam 6.30 petang kami bertolak balik ke UUM untuk menghantar Chu B....lepas tu kami balik ke Hotel...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...letih main air ni (^_^)

Pagi esoknya after breakfast, papa bawa kita semua ke Muzium Padi. hemmm bagus juga bawa anak2 ke muzium ni. Banyak jugak Info yang diaorang boleh dapat (^_^)
Gambar kat luar Muzium Padi....

Gambar sebelum masuk.......

Gambar kat dalam Muzium padi
Selepas tu, terus bertolak ke Kuala Beris untuk pergi ke ladang anggur (^_^)
Waaahhh memang berbaloi datang sini, mama ymula2 masa sampai dah pening2 sebab Arief and Adriana keep fighting je dalam kereta....adoiiiii laaa...tapi sampai je kat sini semua cam cool down...hikhikhikhik....

Ladang Anggur Tasek Beris
sangat teruja melihat buah anggur (^_^)
muka cam tak caya...hikhikhik....
menunggu buah anggur yang gugur ke Damia? hihihi tak apa nanti papa beli kat luar ye kalau nak makan (^_^)



habis pusing2 bertolak balik Ke Kelantan........ALHAMDULLILAH....

Arief and Akedemi Bola Sepak KsKs USM Kubang Kerian.

Yang ni story part 2...

Petang ni baru mama berkesempatan nak melihat Arief training bola sepak. At first Mama agak risau jugak takut Arief penat, ye lah balik sekolah dalam pukul 3.30 untuk hari rabu ( sebab tak ada kelas KAFA) cuma ada KO-K pengakap. Lepas tu dalam pukul 5 petang dah nak kena pergi join akademi bola pulak. Tapi mama tengok Arief okey je, lagipun sebab dah tau kot hari ni akan dapat jersey yang baru...hihihihi...


Jersey yang warna kuning....wahhhh.....

NI aksi Damia dan Adrianna yang tumpang2 gak lari kat padang...nak lari jugak tu walaupun cuaca panas....


Inilah jersey baru saya...hehehehe



lepas latihan, berhenti minum air jap kat Ichiban Kopitiam....


Monday, April 11, 2011

Arief @ Kem Bola Sepak kat USM

yang ni first time Arief join kem bola sepak...mama pun tak tahu nak key in apa kat sini sebab hanya papa dan arief sahaja yang pergi km bola sepak ni. so...layan gambar je lah sebagai kenangan...gambar pun jauh2 je papa ambil..hemmmmmm
 errr..yang mana satu anak mama ni (^_^)


Wednesday, April 6, 2011

The Story of Damia, the scissor and the table runner....

Haaa...story ni dah agak ketinggalan sikit...dah terjadi dua tiga hari lepas...mama pun tak tahu apa yang mama sibukkan...tak sempat nak key in kat sini (^_^).

Sebelum bercerita ttg tajuk topik ni, tiba2 mama rasa rindu sgt2 nak jadik full time housewife balik...don't ask mama why...waaa mood orang yang kurang bermotivasi ni...mama, please think positive...think positive...and smile (^_^) Alaaa biasalah kan kadang2 ada hari kita rasa down, ada hari kita rasa Up...hikhikhik..mcm word dlm buku Ladybird plak...buku yang mama ajar membaca utk budak2 kat tadika (^_^)


ok2 kita mulakan ttg entry kali ni..Once Upon a time...hahahaha..kasi mood ceria sikit...kebelakangan ini Damia suka sangat menggunting. Mama memang bagi je Damia menggunakan gunting, cuma hari ni mama terlupa untuk mengalihkan table runner yg ada kat atas meja...hasilnya sewaktu damia nak gunting kertas, Damia tergunting sekali table runner tu...hihihihi..diulang ye, Damia TERGUNTING..bukan sengaja menggunting table runner itu...
 Lepas ni mama akan cuba cari @ buat worksheet yang melibatkan aktiviti gunting dan tampal ni ye Damia (^_^)

Mama suka2 buat cake (^_^)

Hari ni mama bawa Damia pergi ambil kakak kat sekolah, lepas tu sementara nak tunggu Abang Arief balik pada pukul 3 petang, Mama, Adrianna dan Damia pergi makan kat Ichiban Kopitiam@ Pasaraya Nirwana...hemmm tak sedap sangat makanan kat situ plus service pun lambat...lupa plak mama nak ambil gambar masa kita makan tadi.....

Ok, kita lupakan pasal tu, malam ni mama buat kek coklat yang ditempah oleh kawan baik mama. Cik Ira ni memang antara bestfriend mama.Mama suka sangat kawan dengan cik Ira...sekepala sangat walaupun kejap je dapat kerja bersama2...hihihihihi...nostalgia la plak mama ni ye...Cik Ira dah beberapa kali tempah kek dgn mama..Many Thanks IRA....


gambar sangat blurrr sebab pakai Hp je..huhuhuhuhu..rindunya camera mama yg rosak tu...huhuhuhu
Waktu mama buat kek ni, anak2 mama tak kasi kacau..hehehehe, tapi bila mama dah siap...sampailah turn anak2 mama plak....ni lah kerjanya yang sgt2 ditunggu2 oleh Damia dan Adrianna..Abang Arief, sibuk buat homework....
Happy je Damia dapat uli lebihan fondant tadi...dah lama tu menunggu...iyahhhh..iyahhhh...


hemmmm bersepah atas meja makan ni...help2...ada sesiapa nak tolong mama tak....hehehe of course la ada...jengjeng2...papa lah, siapa lagi (^_^)

Tuesday, April 5, 2011

Ariefdaniel Iskandar Azmanzaifikar Ehsan Evolution ( 10 years) 23/3/2001

Pictures of Arief year by year......

two months ( masa ni mama berpantang kat rumah to'ki dan to'pah kat kg Tasek)
.

 around 6 months ( ni gambar masuk contest kat Pacific Alor Setar Kedah. Masa ni papa masih lagi belajar )
1 year old

 2 years old ( Celebrate kat rumah je ngan papa dan mama, ingat lagi banyak jugak Arief suapkan cake ni kat kucing ( manja namanya )...Mama dan Papa bela Manja dari umur Arief 2 bulan lagi...

 3 years old ( Gambar ni ambil dekat playground ofis Papa...playground  HUSM)
 4 years old
Waktu ni kita ada kat Penang, mcm biasa menemankan papa yang pergi kursus....
5 years old ( Sambut kat rumah mamama dan juga rumah to'ki dan to'pah kat Terengganu )
 6 years old ( masa ni celebrate dekat Tadika Precious One )
kompilasi gambar2 at the age of 5,6 and 7 years old
 
9 years old ( sambut kat rumah je ngan family )
10 years old ( ^_^ )

wahhhhhh dah 10 tahun rupanya anak mama, mungkin 2,3 tahun lagi Arief akan sama tinggi je ngan mama dan lepas tu mungkin lebih tinggi lagi (^_^)
 
Dalam masa 10 tahun ni, mcm2 mama melihat perkembangan/minat Arief....dari koleksi mainan Bob the Builder-Lego-Tom n Jerry-Mr Bean-Transformers-Game Boy-Play Station-PSP-Sonic.....
 
Apa2pun mama tetap mendoakan Arief agar Arief membesar menjadi insan yang soleh dan berilmu/berjaya dunia dan akhirat. Mendapat kebahagian dunia dan akhirat..Semoga Allah memudahkan segala urusanmu Anakku..
Amin Ya Rabbal Alamin....

Oh how the years go by,
Oh how time can certainly fly.
From once just a thought in far away dreams,
now into my arms and in my eyes gleam
the presence of you.
Your laughter and smiles
which go on for miles,
warms my heart and soul.
You're growing up so fast,
as I wish each moment with you to last forever.
My little boy will someday be a man
and right by your side I will forever stand.
I will pick up the pieces when you fall,
I will hold your hand and help you stand tall.
And when the day comes when you are on your own,
never feel that you are alone.
No matter how near or far apart
I am always right there in your heart.
Always remember whatever you go through
that no matter what, I will always love you.