Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Saturday, August 27, 2011

Almond London Cookies

Hari ni berjaya buat lagi satu jenis biskut raya...biskut kegemaran anak2 juga (^_^)

 Nampak berterabur saja badam cincang kat atas biskut ni sebab di tabur oleh my lil chef (^_^)

Resepi ni memang mama dah ubahsuai...ikut citarasa aka sesuka hati...hehehehe

Bahan2
250 gm Mentega
1 cawan Icing Sugar
1 biji Telur
sedikit esen vanila
1/2 cawan badam kisar
1/2 cawan nestum@oat ( Kisar halus)
1/2 cawan Tepung jagung
Gandum secukupnya 
Badam biji secukupnya ( bakar siap2)
Badam cincang secukupnya( untuk ditabur kat atas)
Coklat masakan ( mama cairkan dalam microvave @ guna teknik double boiler )
Kertas Cawan

Cara2

Pukul mentega dan icing sugar sehingga kembang
Masukkan telur, pukul lagi
Masukkan esen Vanila
Masukkan badam cincang, oat dan Tepung jagung ( Gaul sebati/pukul dgn mixer je )

Masukkan gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan ( nak senang kiranya cam boleh diuli dan tak lekat kat tangan...

Letakkan sebiji badam, bentukkan adunan dan bakar.
bila biskut dah sejuk baru  celupkan dalam coklat yang dah cair
Tips nak coklat cair cepat : cincang halus2 coklat masakan sebelum dimasukkan dlm microvave@ guna teknik double boiler.......................

Sekian..................

ini merupakan salah satu aktiviti yg mama suka buat dgn ank2 mama :)

Friday, August 26, 2011

Kek Buah Kukus (^_^)

Rasanya dah hampir 2 tahun mama tak buat kek kukus ni...step2 nak buat tu susah sikit...semalam buat dengan bantuan Papa maka jadilah  Kek Buah Kukus ni...mama guna hand mixer je...tu yang susah sikit, adunan bancuhan kek ni pulak agak berat sikit..seingat2 mama dah 2x hand mixer mama berasap angkara bancuhan kek buah ni...hikhikhik....



inilah rupanya hasil kek buah kukus hasil usaha sama papa dan mama
(^_^)


makan sikit waktu sahur tadi...
selebihnya boleh buat raya...
dan lagi kek ni memang tahan berbulan2 sebab dikukus selama 4 jam....
kalau buat waktu malam..memang kena bersengkang mata la jawabnya.....

P/S :Semalam survey2 juga mixer..ada yang berkenan dihati tu harganya dalam RM1800....hemmmmmmm...kalau betul2 serius ambil order dari masa ke semasa berbaloi juga beli....hahahaha


Biskut Tart Nenas dan Ujian....

Ini biskut kedua untuk raya tahun ni...semasa buat biskut ni, memang hati mama sedih dan risau....sedih dan risaukan kesihatan chu B ( my younger sister ), balik hari tu ada terdengar yang chu B teringin sangat nak makan home made biskut raya....mama harap2 sangat chu B akan suka biskut raya yang mama buat ni...Semoga cepat2 sembuh ye adikku sayang......................

KESEMBUHAN ITU MILIK ALLAH..YA ALLAH KAU SEMBUHKANLAH PENYAKIT ADIKKU..AMIN YA RABBAL ALAMIN....

Kuih Raya pertama tahun ni : BISKUT ARAB :

 Tahun lepas rasanya tak buat langsung biskut raya sebab mama ambil tempahan buat kek cokelat, Lagipun tahun lepas mama memang full time as a house wife :)

Tahun ni mama buat part time mengajar budak2 kecil :)   so memang agak memenatkan sikit walaupun kerja sekerat hari je...dalam hati memang teringin nak buat banyak kuih raya....TAPI.....Alhamdullilah, hari ni berjaya menyiapkan Biskut Arab dengan di bantu oleh Arief, Adrianna dan Damia. Biskut Arab ni memang paling sempoi je nak buat, bahan2 pun 3 perkara sahaja ( Minyak Sapi, Gandum dan Gula halus ). Tak payah nak putar2 or terap pun...Uli2 je semua bahan dan bentukkan bulat2..Bakar dan siap....Anak2 pun suka makan biskut ni (^_^)

Dengan bantuan sukarelawan2 mama, maka inilah hasilnya biskut Arab yang berjaya kami buat tadi :)



Macam2 size ada Biskut Arab ni...dari xs,s,m...L pun ada.....Errr bila la mama boleh pakai size s ni. (^_^)
Tapi memang banyak sangat dapat biskut ni tadi...dan memang LAGI MURAH buat sendiri :)

Sambil buat biskut ni tadi, layan juga dengar lagu2 raya.....wiiiiiiiiiwwww



Sunday, August 21, 2011

Masak Lemak cili Api Siput Sedut

first time masak lemak siput sedut...alkisahnya, dah 2 minggu lepas rasanya masak siput ni..hari ni baru berkesempatan nak masukkan kat blog ni (^_*)

Siput sedut masak lemak ni adalah kegemaran Adrianna..hehehe..mama dia pun suka juga makan. Balik2 sekolah, bawa anak2 singgah kat MYdin Mall, ternampak siput ni dan Adrianna pun terus request nak makan..errrr mula2 mama pun macam was2 je nak masak...takut sakit perut ke..ntah2 lagi bulan puasa ni..tapi kesian pulak kat Adrianna yang nak makan...so, mama pun try buat, dan inilah hasilnya...


Adrianna kata "sedap mama siput ni "....mama rasa macam ada benda yang terkurang je....hihihihi...oleh sebab kita2 saja yang nak makan, hentam sajalah...janji tak sakit perut (^_*)

Semalam balik kampung...wahhh seronok berbuka makan nasi berlaukkan ikan singgang aya, ulam2, budu...pulut lepa dan juga lemang....lupa mama nak ambik gambar sebab tak sabar nak makan ...heheheheh...

Wednesday, August 17, 2011

Iftar @ Secret Recipe ( 17/08/2011)

Alhamdullilah, hari ni papa belanja kita berbuka puasa kat Secret Recipe TESCO KB...pagi2 mama singgah tadika kejap untuk majlis sambutan Nuzul Quran. Lepas tu balik rumah kemas2 jap and then lepas sembahyang asar, bertolak ke TESCO untuk mencari baju raya Adrianna. Alhamdullilah dapat warna dan size yang dikehendaki :))


Arief and Adrianna yang happy menunggu makanan....


Damia yang lasak....makin banyak banyak idea....hemmmm...




mama dan papa order menu yang sama...Nasi Goreng ni :))


tak ingat nama dah...ni nasi untuk Arief :))


Adrianna tetap dengan menu Tom Yam Kun :))

Alhamdullilah makan sudah, kita pergi solat dulu ye sebelum sambung shopping kat KB Mall pulak :))
dan juga many thanks Papa sebab bagi hadiah ni untuk mama :))))


dapat free gift yang ni juga :))

dan juga dapat free " make over " sekali dengan fotoshoot...hehehehe, yang ni mama tak nak sebab bila tanya kat salesgirl tu dia cakap yang nak makeup tu lelaki...hihihihi...

Last Sekali...Selamat Menyambut Nuzul Quran....