Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 13, 2011

Apam oohhh Apam...

Dah lama mama teringin nak buat Apam Polkadot yang cute tu. Tapiiiiii.....mood nak memasak tu tak ada...cam mana tu ye (^_^). Tiba 2 dua tiga hari ni, lepas balik2 bercuti rajin la pulak mama nak memasak tapi memasak kuih muih je ye. Agak2nya dah muak kot makan kat luar (^_*). Sedap tak sedap kemudian kira, yang penting mama cuba buat dulu....so, inilah Apam pertama yang mama buat...

wahahaha...colour tu memang gerun sikit kan, kalau nak bagi kat geng2 doktor memang tak makan kot...hihihihi..teringat dulu mama pernah buat puding tembikai untuk papa bawak pergi meeting and then dalam meeting tu ada jugak geng2 doktor...kena complain la puding tembikai mama...too much food colouring (^_*)

Arief suka makan Apam ni, Damia makan juga tapi tak banyak sangat..Adrianna tak berapa suka sebab ada filling bluberry kat dalam tu...dan mama pun sebenarnya tak berapa suka sangat Apam ni...

Memandangkan ovellete banyak lagi, so mama pun buat pulak apam mekar ni...
.
yang ni versi kecik2...tak menjadi sebenarnya Apam Mekar ni, sepatutnya kat atas tu merekah...punyalah mama tunggu tapi tak merekah2 jugak...tapi taste dia sedap dan lembut...Damia yang banyak makan Apam mekar ni..lagipun size kecik...sesuai untuk sekali ngap je (^_^)


isi kat dalam Apam Mekar ni memang lembut je...



yang ni versi besar sikit (^_^)...pun tak mekar2 jugak Apam ni....



Mama rasa mama lagi prefer Apam Mekar daripada Apam Polkadot (^_*)

Hati...tabahlah......

Balik2 kerja tadi mama on FB and then terus sahaja seorang kawan mama masuk chat and bertanya pada mama  " macam mana nak bersabar dengan anak?" lebih kurang macam tu lah soalannya. MasyaAllah, mula2 mama agak terkedu dengan soalan begini, yang selebihnya mama rasa seolah2 soalan tu lebih tertuju untuk diri mama sendiri. Kebelakangan ini memang mama rasa mama pun cepat juga nak marah dengan keletah anak2...aduhaiiii....ehemmmm....

Walaupun baru je di amanahkan 3 orang anak tapi kadang2 tu boleh pusing2 juga kepala dibuatnya. Kadang2 mama rasa nak ajar anak orang lain lagi senang tau dari nak ajar anak2 sendiri....

Lepas tu mama terjumpa satu hadis yang best utk di baca....mama copy paste je ye...

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jikalau seseorang menghilangkan satu dari kesusahan seseorang di dunia ini, Allah akan menghilangkan satu kesusahan darinya pada hari akhirat.

Dan jikalau seseorang menyembunyikan satu kesalahan seorang muslim, Allah SWT akan menyembunyikan kesalahan-kesalahannya di akhirat, Allah SWT akan tetap membantu seorang selagi dia membantu saudaranya. (HR Musnad Ahmad)





Ya Allah permudahkanlah semua urusan mama, papa, anak2 mama, ahli keluarga, para sahabat dan seterusnya seluruh umat islam....Amin Ya Rabbal Alamin.....

Saturday, June 11, 2011

Bunga...Bunga...Bunga...

Entry yang saja2 je mama nak tulis hari ni...hihihihi...best sebab dapat tambahan lagi cuti hari ini sempena Piala FA Terengganu lawan Kelantan semalam. Opppsssss mama tak nak tulis pasal bola sebab mama memang tak minat langsung dengan bola.

Balik kampung baru2 ni mama sempat ambil gambar bunga2 yang Tok Pah  tanam kat depan rumah, petang tu mama ajak Damia main kutip2 bunga. Selalu tengok bunga dalam gambar je kan. Sambil Damia petik sambil mulut mama membebel pasal warna bunga, saiz bunga,ada bau ke tak, berapa banyak bunga yang Damia dapat kutip...blablabla...hihihihi...Damia enjoy je buat aktiviti ni. sesi pembelajaran yang santai, no cost at all plus hands on activity...

 errr mama pun tak tahu apa nama bunga ni...


yang ni mama tak tau juga bunga jenis apa..dan nasib baik jugak Damia tak tanya "mama, ni bunga apa" hehehehehehehe...

errr ni bunga apa ye....


Pokok Bunga Kertas...antara spesis pokok bunga yang memang boleh hidup lama....


 Damia dan sepupu, Iqbal....

Bukit Gambang Water Park ( 9/6/2011)


Bercuti memang seronok, tapi bercuti waktu cuti sekolah memang kurang keseronokannya. Salah satu sebabnya ialah, terlalu ramai orang dan seperti yang telah dijangka, memang betul, ramai sungguh orang kat Bukit Gambang Water Park waktu kami sampai........huhuhuhuhu...

Nak beli tiket pun terpaksa beratur panjang....

masuk2 je kat dalam water park ni, memang tak ada aktiviti lain selain mandi manda.....



Anak2 memang happy tapi mama sangat pening sebab bila anak2 mama start terjun masuk kolam, mama dah tak boleh cam yang mana satu anak mama...too many people...kecuali Damia, memang tak lepas dari pandangan...fuhhhhhh.....




Sebelum balik sempat makan mee sup dan teh tarik ni....boleh tahan...harga pun oK...



Yang ni Roti Nan dengan ayam panggang...boleh tahan juga rasanya (^_^)

Friday, June 10, 2011

Happy Anniversary Papa N Mama ( 8/6/2011) #11 Years#

Alhamdullilah...dah 11 tahun papa dan mama kahwin. 11 tahun yang macam2 ada...heheheh...11 tahun bersama dan dikurniakan Arief, Adrianna dan Damia. Untuk ulang tahun kali ni, sebenarnya plan tak seperti yang dirancangkan. Mula2 sekali kereta rosak, 2 hari pulak tu tak kemana2, nasib baik cik Ja ada extra car, ...huhuhuhuhu. Tapi kan setiap sesuatu yang berlaku tu mesti ada hikmah disebaliknya. Syukur Alhamdullilah....

Bila kereta dah ok, pagi2 lagi kita bertolak ke kemaman...nak tengok cerita Kung Fu Panda2 3D....hahahah...bergembira dengan anak2...tapi mama rasa tak sesuai sangat kot tengok yang 3D untuk Damia, sebab cermin mata tu macam besar sikit untuk Damia dan Damia pun macam tak berapa selesa bila pakai cermin mata tu...keseluruhannya cerita KungFu Panda2 tu memang best dan sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga...Tapi yang kelakarnya, boleh je Damia ni tertidur dalam cinema...hemmmmmm....


 bergambar selepas habis merayau2 kat Toy R Us dan sementara menunggu papa membeli tiket.....

 Arief dan transformer....bermulanya cerita Transformers yang baru ni, maka bermulalah kembali sesi mengumpul/ menambah koleksi mainan Transformer (^_^)...


Many thanks ye Papa untuk hadiah handbag yang Adrianna pegang tu...hikhikhik....selesai je tengok cerita kungfu Panda kita bertolak ke Kuantan. Mama risau juga sebab cuti sekolah dan takut hotel2 penuh sebab tak booking dulu, tapi Alhamdullilah dapat juga duduk kat Vistana. Lepas check in ingat nak keluar cari makan malam tapi hujan lebat ...so kita makan kat hotel je....no candle light dinner ok...hikhikhik just  family dinner (^_*)



malam2 hari makan ABC.....sedap juga.....


Vistana Chicken Chop ni sedap...rasa lain dari chicken chop yang biasa di makan sebelum ni, biasanya chicken chop di goreng@deep fry tapi yang ni dibakar...gravy pun sedap...
Mee Goreng Mamak untuk Mama...boleh tahan...mama masih teringat2 lagi mee goreng mamak Hotel Seri Malaysia KT yang mama makan 11 tahun lalu...sedap sangat...baru2 ni pergi makan, rasanya dah tak sama..hihihihihi...
Chicken Nugget for Arief


seafood tomyam noodle for Adrianna....

Lepas makan mama bawa anak2 mama melepak sekejap kat children's playroom ni...

sempat main carom dan sahibba....


makan sudah...main pun sudah...masa untuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Saturday, June 4, 2011

Pameran Tamadun Islam @ Pantai Batu Burok

Petang ni kita singgah jap kat pantai Batu Burok untuk melihat Pameran Tamadun Islam - Episod 1 -Evolusi keagungan warisan dan kesenian...kita masuk kejap sahaja sebab dah nak maghrib...

Ok, sebelum masuk kita beli tiket dulu ye..


Arief with "Batu Bersurat"....Komen Arief.."Mama, Arief tak boleh nak baca apa yang ditulis kat batu ni "....


yang ni mama dah tak ingat  gambar baju perisai zaman mana....



Ok...cukup untuk kali ni...(^_^0

Ronda2 @ Pasar Payang Terengganu...........

Walaupun selalu balik kampung, tapi kita memang agak jarang singgah kat pasar Payang ni...setakat lalu lalang tu memanglah..hihihihi...pagi tadi saja nak pergi membeli barang2 dapur kat Pasar Payang...jom enjoy tengok gambar2 kat bawah (^_*)








Thursday, June 2, 2011

Breakfast @ MuhibaH Paraiso

Wahahaa...topik makan2 lagi entry mama untuk kali ni...hihihihi..sebab cuti sekolah dan mama rasa free sangat2...hemmm memang best kan duduk kat rumah je (^_*)

Pagi ni kita makan kat Muhibah Paraiso, sebelum ni dah pernah cuba Ramen kat sini....singgah makan sini kejap sebelum pergi shopping serunding kat pasar siti Khadijah...lepas tu kita balik kampung....

so inilah menu breakfast kita pagi ni..jomm jamu mata...


oreo cheese cake untuk Arief


yang ni pie bluberry fruit...sedap....


sandwich  sardin dan cheese


Nasi Goreng Patayya...

Jom kita makan2.................................



Alhamdullilah..kenyang sudah...jom kita pergi shopping serunding pula........


yeay..yeay...jom balik kampung pulak.......byeeeeee.........