Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Sunday, February 27, 2011

26/2/2011 ~Cameron Highland~

Sampai kat sini dah petang, sempat bawa ank2 jenguk ladang teh dan strawbery.......


cantik pemandangan kat atas ni....nak naik mmg mencabar...hihi kalau mama mmg tak sanggup nak drive...huhuhu gayat je rasanya ngan jalan yg sempit dan curam...

arief sedikit kecewa sbb tak dpt masuk ke kilang memproses teh...sbb dah tutup masa kami sampai....
adrianna memilih poscard...katanya nak bagi kat kwn2....


ni part yg mama paling suka..jln2 ala jungle tracking ( hahaha w/pun atas jln tar je)
cuaca yg sejuk,sbb mama mmg tak tahan panas dan semua ank2 mama pun happy....

mama rasa rindu plak zmn2 masuk hutan dulu....
maybe next time kita boleh gi camping plak.....

acara memetik Strawberry....Arief dan Adrianna really enjoyed...

Damia cam boring sikit..hikhik...


sebelum balik sempat singgah jap kat taman rama2.....



25/2/2011~ Lost World Of Tambun~

Ni kali ke dua pergi ke Tambun, kami sampai dlm pukul 3 petang
dulu kami pergi berempat (Damia tak ada lagi)....


beratur membeli tiket.....

hepi sbb dah dpt tiket....

yeay2 dah dpt masuk.....


yang ditunggu2.....


muka cuak damia...sbb takut bunyi2 binatang...

ni antara makanan yg kami makan kat ipoh.....




~Penang 24/2/2011 -25/2/2011~

4 hari percutian ~cuti2 M'sia~

Rezeki ank2 nak g jln2, papa ada kursus kat penang on 24/2/2011 , mama ambil cuti hari khamis dan ank2 ponteng sekolah ( hihi,lagipun dia orang baru abis exam....dan baik demam)...

last pergi Penang adalah 2 bln lepas...kali ni kami bertolak ptg rabu (23/2/2011)...check in kat tmpt biasa dlm pukul 10 mlm...first time sewa apartmen,biasanya ambil bilik je....hihi,lps ni tak sewa dah kot apartmen...ank2 takut sbb byk bilik..hehehe,sampai nak gi bilik air pun mama nak kena temankan....hemmmmm,anyway tqvm papa...mmg tempat tu teramat2 selesa (ALHAMDULLILAH, Moga mkn murah lagi rezeki papa..Amin)

24/2/2011

papa kursus 8am to 5pm kat usm minden
mama ,arief ,adrianna n damia, lepak2 kat bilik je  + mandi kat swimmimg pool kat bawah(^_^)

best bdk2 ni sbb tak ada org lain pun masa ni......(*_*)

Malamnya kami pergi jln2 cari mkn kat Gurney plaza ...
dah lama dah, mama teringin sgt2 nak mkn kat 

Alhamdullilah, thanks again to papa...mmmuahhhhhh

taadaaaaaaaa
inilah menu2 kami...
manhattan flaming prawns for papa...
meditteranean baked fish for mama....mmm memang best....



ni antara makanan  lain yg kami cari ^-^



 25/2/2011....bertolak ke ipoh...

Sunday, February 20, 2011

Ketenangan itu Indah.....

Saya tak ada entry yang menarik untuk ditulis kali ini ( hemmm jadual agak padat ngan ank2 yg kurang sihat dan exam ank2 yg akan bermula esok..Ya Allah bukakanlah pintu hati anak2ku, permudahkanlah urusan ank2 ku, AmIn Ya RaBbal Alamin....

Alhamdullilah, hati ini terasa sgt tenang petang ni ( walaupun ada lagi benda yg tak settle )....melihat langit kat luar pun terasa sejuk yg mendalam je dalam hati ini (^_^) che wahhhhhh



Alhamdullilah, tapi ini bukanlah permandangan daripada luar tingkap rumah saya. (sy download dari internet je ) .tapi cantikk kan..kan..kan...

terlintas kat dalam hati beberapa perkara :

1) kalau dulu bila bawa kereta, sgt2 tidak suka ngan gelagat ank2 muda yg bawa motor mcm2 gaya, bkn shj membahayakan diri sendiri tapi jugak nyawa orang lain...Tapi tak suka juga kalau orang2 lain menyumpah @ memarahi dgn bahasa kasar kat bdk2 motor ni...hemmm, cuba kalau kita tukar rasa amarah tu dgn doa...doakan supaya ank2 muda ni berubah menjadi baik...saya rasa lagi ok kot, daripada kita marah2 dan doakan supaya bdk2 yg bawa motor secara merbahaya ni masuk longkang ke, tertonggeng kat atas jalan ke...kan kan kan...( tukarkan doa kita yg negatif jadik doa yg positif )...hihihi sy rasa automatik hati kita pun boleh jadi tenang balik (^_^)

2) Ada orang yg rapat dengan saya pernah merungut, ( sebelum tu situasinya kat atas jalan raya jugak) sedang bawak kereta , tiba2 kereta belakang potong double line dan bawa laju plak tu...huhuhuhu...orang ni pun berkata, cuba kalau kita yg buat camni, mesti polis dah saman..tapi kalau orang lain buat, lepas je @ erti kata lain tak ada polis lah masa tu untuk menyaman...Dlm hati saya, "sebab Allah sayang kat kita lah tu, bila buat salah terus dapat peringatan...maunya berkali2 buat salah tapi tak pernah kena saman, mesti kita tak takut @ kurang berhati2 lagi bila bawak kereta....hihihihi....ada2 je kan...tapi betullah kalau kita tukar sesuatu yg negatif tu jadik positif..hati pun rasa cool aje...hihihi..rasa nikmatnya mcm minum ABC Special di hari yg panas terik...

3) Yang ke tiga nya, kadang2 bila kita berkumpul lebih daripada seorang,( maksudnya dlm group tu ada 2,3 atau selebihnya ahli) kadang2 tanpa kita sedari topik perbincangan dah termasuk bab2 gosssiippp....hihihi...bahaya sebenarnya gosip ni...silap2 gaya boleh mendatangkan fitnah dan kadang2 mmg susah nak elak ( ye lah, takkan lah kita gi kerja @ jalan2 nak tutup telinga dan mulut sepanjang masa kan....) Silap2 haribulan orang ingat kita pekak atau bisu plak..tak ke haru (^_^) Tapi secara mudahnya, memang kita tak boleh nak tutup mulut orang daripada bergosip...tapi kita sebenarnya boleh tutup mulut kita sendiri daripada menyampaikan sesuatu yg kita dengar yg kita sendiri pun tak tahu kesahihan beritanya..(^_^)....kan..kan.. kan

hemmmmm jommmm kita sama2 cuba

(PEACE)

"Jauhilah oleh kalian buruk sangka, sebab buruk sangka adalah sejelek-jelek perkataan. Jangan saling mencari tahu (aib orang lain) dan jangan saling mengata." - [Riwayat Abu Daud:4271]


“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)






YA ALLAH
, i don't deserve to be in your heavens.. though, i'm not willing to face hellfire.. please forgive all my sins and accept my repentance.. as you are the forgiver of big sins.. my sins are like sands scattered along the beach.. with your power, please forgive me, YA ALLAH.., please safe us all, from all the wrongdoings and disasters.. we are afraid, we really rely on you.. strengthen our love towards you.. we are your servants who rely on your mercy.. AMIN YA RABBAL ALAMIN

Tuesday, February 15, 2011

My Kids N "chocolate chocolate chips cookies"

Semalam my son request nak mkn "chocolate chocolate chips cookies" ...hihihi rasanya dah lama sy tak buat biskut ni, last skali buat masa nak raya last year..consider lama la jugak tu kan...




Alhamdullilah hari ni berjaya juga me n my kids buat "chocolate chocolate chips cookies" (^_^)...




Arief mula menyukat bahan2...


Damia ( actually tengah demam tu ) dan Adrianna menjadi pemerhati....hihihi sbb tak tahu lagi camna nak tengok bacaan kat scale antik mama tu (^_^)


slps siap dibancuh, ank2 memulakan tugas (^_^)


satu bancuhan untuk Arief, satu bancuhan untuk Adrianna


Hasilnya ( ^_^)...
resepinya sy ambik kat sini


Damia x join sgt sesi memasak kali ni sbb waktu ni Damia demam > Kesian anak mama<
Tapi ttp baca doa jugak sblm makan (w /pun pelat2, Alhamdullilah)

Arief yang sibuk menyiapkan sendiri bekal biskut ni untuk di bawa ke sekolah esoknya..hahaha..mula2 Arief letak 4 keping je biskut, mama pun tanya kenapa 4 keping je letak...Arief jawab cukuplah mama, satu utk Arief dan 3 lagi utk kwn2...(^_^) 
Tak apalah Arief, bawa lebih2 sikit pun tak apa (^_^)
Sharing is Caring sayang...

itulah sahaja untuk hari ni...Alhamdullilah (^_^)

SALAM MAULIDUR RASUL...




“Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
 nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
LUKMANUL HAKIM 

Saturday, February 12, 2011

balik kampung hujung minggu....

Hujung minggu, kebiasaannya mmg balik kg ( my parents n mum in law mmg duduk kat Terengganu pun )...
Kali ni kami balik sbb kenduri kahwin ( majlis sambut menantu my cousin ) ...

Apa yg paling kami suka  bila balik kampung ialah pantai...ni antara view yang selalu kami enjoy sangat2 bila balik ke Terengganu...Jommm Tengok....



best kan dapat tengok pantai...subhanallah, cantik sangat (^_^)

Ank2 sy mcm biasalah tak akan melepaskan peluang untuk bermain pasir kat pantai...ni tempat biasa ank2 saya selalu bermain (Pantai Batu Burok)...

Arief


Damia

Adrianna


dan lagi...................main,main dan main (^_^)..


ni lagi antara beberapa gambar yg sempat sy snap...



Apa yg seronoknya balik kg kali ini ialah berjumpa dgn ramai saudara mara yang rasanya ada jugaklah dekat 10 tahun lebih tak jumpa (^_^)... 

Wednesday, February 9, 2011

jom buat puppet sendiri...dan belajar d for duck..quack2..

Ni antara lagu yg ank sy suka dengar dan nyanyi ( hihih..masa nyanyi tu bunyi "mama duck" dan "quack2" je...yg lain2 tu tak tahu apa yg disebutkan oleh Damia (^_^)


inilah lagunya 5 Little Ducks.............




biasanya nyanyi je...tapi projek petang ni ialah buat puppet ank2 itik ni...sambil nyanyi sambil main puppet....

dan bhn2 nya cam biasalah..hihihi..cari je kat dalam rumah, tak payah pergi kedai...
batang ice cream, gunting,selotep,kotak,crayon....gam jugak



dan inilah hasilnya....


mula bermain......





tapi sbb mmg cepat boring...hihihi berenti makan ayam goreng dulu....


pastu sambung balik...buat aktiviti puzzle and worksheet plak...temanya tetap "duck"


dan lagi....

  cari dan bulatkan perkataan duck......

next time bila balik kampung nanti mama tunjukkan "real duck" ye...
kesian selalu tengok gambar kat buku @ computer je....


banyak lagi aktiviti boleh buat dgn puppet / lagu ni...

1.counting pun boleh ( 1 to 5)

2.  nak intoduce "take away" process pun boleh melaui lirik lagu ( five little ducks went out one day, over the        hill and far away, mother duck said quack2..but only four little ducks came back)
   5-1 = 4

3...nak perkenalkan big and small pun boleh
( mama duck =big )
(duckling = small )


itu saje(^_^)..jom dengar lagu ni versi Damia plakkkk


SURAH ALI-IMRAN AYAT 38


رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ


At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.


AMIN YA RABBAL ALAMIN....