Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Sunday, November 27, 2011

Sepagi di 'Perpustakaan Awam Islam Dar Nur Al - Zahra.'

Cuti sekolah kali ni tak pergi mana2 lagi...jadi kita jalan2 area Kota Bharu sahaja lah ye :)

Destinasi kali ini ialah  Perpustakaan Awam Islam Dar Nur Al - Zahra........................



Sehari sebelum tu, mama jadi MC untuk Majlis Graduasi Tadika Akrab Bestari....dah lama tak jadi MC....hihihihihi.....


Wednesday, November 16, 2011

Hasil Lukisan Damia hari ini.....

Happy Birthday Mak.................

Selamat hari jadi mak....tunggu mak balik 20/11 nanti baru boleh peluk2 and cium mak.....Semoga mendapat haji yang mabrur....dipermudahkan Allah dan diberkati semua urusan...

Terima kasih banyak2 mak untuk segalanya.............mMMmuuahhhhh.....


Happy belated birtday juga untuk ayah ( 10/10)


Alhamdullilah  tahun ni mak dan ayah sambut birthday kat Mekah...


-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...




Damia and Face Painting...............

Sebelum ni, Damia suka sangat menconteng muka sendiri dengan apa2 sahaja termasuk marker, magic pen atau pun pen.......................

siap2 conteng,sibuk tanya" tadaaa...cantik tak mama..."hemmmmm, nak marah pun tak sampai hati....bukan nak marah sebenarnya, cuma risau takut2 merbahaya je :)

Semalam, dapat bungkusan jauh dari US....from Ras, kawan baik mama masa belajar kat UUM dulu...
hihihih....many thanks Ras sebab hadiahkan ni.........................




Dan...inilah hasilnya....
Damia suka sangat2 bila mukanya di make up macam ni :)






Monday, November 14, 2011

12.11.2011

12112011
i'm getting older( wink...wink...)

SYUKUR ALHAMDULLILAH


many thanks to my mak and ayah...
yg melahirkan dan membesarkan sy....

and

my love, incik suami tersayang.....sarangheyyyoooo.....

many thanks sbb tahan dengan seribu macam perangai sy....

sentiasa meng"update"kan sy dgn gadget terkini....
( oh anak2 jangan ikut bahasa rojak mama ni ye )


..............paling suka white rose tu....


Vanilla Ice Cream Cake....


dpt yg baru....many thanks incik suami yang pemurah :)
...masih lagi rindukan kedua2 HP lama sy....

dan yg ni, actually incik suami kata advanced birthday present sbb dapat awal seminggu...
i like....boleh workout kat rumah...sbb mmg dah lama sesangat teringin nak join kelas senamrobik kat luar...tapi...hihiihiihihihi....


happy birthday 2 me....happy birthday 2 me....

Wednesday, November 9, 2011

mak dan ayah ( Umrah dan haji )

Agak lama juga rasanya tak menjenguk blog ni....cerita banyak...mood nak menulis kurang...hiiiihiiii....

Tengok2 tarikh tadi, dah dekat rupanya mak dan ayah nak balik dari Mekah...wahhh...kejapnya masa berlalu, pejam celik..pejam celik je....Ada lebih kurang 10 hari je lagi :)

me and my dad.....

me and my mum..............
terasa sudah gemuk....uhuuhuhuhu....

Selamat kembali mak dan ayah
10 hari lagi......