Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 29, 2011

Damia and traffic light....

Seminggu kebelakangan ini, setiap pagi waktu mama drive ke Tadika dengan Damia kat sebelah, suka sangat Damia bercerita tentang perubahan2 warna lampu kat traffic light tu..
( Traffic light boleh jadi Alat Bantu Mengajar yang bagus juga tau untuk ank2 yang berumur 3 tahun macam Damia )



Mulut mama pun sama naik membebel pasal lampu traffic light kat Damia..MasyaAllah, sekali beritahu je Damia dah boleh ingat apa fungsi/tanda untuk setiap warna lampu kat traffic tu....

" Mama...Red....Stop the car"....
"Mama...Yellow...Get Ready"
"Mama....Green.....Go..."

Dekat seminggu jugak Damia dok ulang2 sebut ayat2 ni setiap kali jumpa traffic light :)

Sampailah satu insiden hari ni....

" Mama kena stop kan kalau warna Red " sambil menunjuk ke arah kereta2 yang bergerak dari arah depan...hahahahaha...that will be our next lesson okey....
Mesti Damia ni imagine kesemua lampu isyarat mesti warnanya sama kat simpang empat....kena buat model nak explain ni kat Damia...hehhehehehe....

Wednesday, September 28, 2011

Hari yg sibuk ( Part 2)

OK...entry ni sambungan dari entry sebelum ni...Lepas je Adrianna discharged dari ward lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, terus balik rumah sebab papa and Arief nak pergi solat jumaat kejap. Mama pagi tu dalam pukul 9.30 pagi sempat jugak balik rumah jap utk mandi and memerap 2 ekor ayam untuk majlis BBQ tadika kat Pantai Cahaya Bulan Resort pada sebelah malamnya...

Selepas sembahyang zohor, kita sekeluarga sempat menghadiri majlis open house@ birthday party. Alhamdullilah, makan free lagi :)

Lepas tu, sempat ke KB Mall kejap sebab mama nak cari sport shoes utk hari Sukan Tadika. Lain yang dicari, lain yang di beli ( tak beli sport shoes pun, sebaliknya mama beli seluar trek, t shirt and juga tudung :)

Lebih kurang dekat pukul 6 petang baru check in kat Pantai Cahaya Bulan Resort. ( Fikir2 balik rasa macam tak sempat nak bernafas ) Nasib baiklah, my little Adrianna sihat, cuma nampak keletihan sikit mungkin tak cukup tidur malam yang kena gigit dek tebuan tu :p

Anak2 apa lagi, terjun kolam lah jawabnya ( GAMBAR ??????)  hemmmm...disebabkan kekalutan, mama tertinggal camera, so kali ni mmg tak ada GAMBAR ok :P. Sebelah malam pulak acara BBQ .Seronok jugak ramai2 BBQ kat tepi pantai :p

Pagi2 lagi mama dah turun ke tepi pantai utk membuat persiapan untuk Family and sport's day. Anak2 mama dan papa je breakfast bersama2 tanpa mama. Lepastu, acaranya terjun kolam lagilah jawabnya anak2 mama :0

Inilah mama rasa diari 3 hari berturut2 yang agak padat jadualnya :)

Monday, September 26, 2011

Tebuan oh Tebuan

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang penuh jadualnya...huhuhu..daripada hari khamis sampailah hari sabtu...

Kisah tragisnya bermula dari hari khamis lagi...lebih kurang jam 3.30 pagi, tiba2 Adrianna menjerit..kuat pulak tu...sambil berlari2 keluar dari bilik...mama yang masih mamai2 pun terkejut sakan..apasal menjerit tengah2 malam/pagi ni? mimpi ke?

( gambar ehsan dari incik Google ye )

" Benda ni gigit kita" jerit Adrianna sambil menunjukkan seekor tebuan yang masih lagi berada dekat baju Adrianna..huisshhhh...tebuan yang tersesat masuk...nasib baik seekor sahaja..huhuhuhu...tapi yang seekor ni gigit  kat empat tempat...huhuhuhu...

Kisah seterusnya...terus ke emergency ward HUSM...kenalah tahan semalaman kat ward :(
Tapi yang kelakarnya, mcm tak jaga orang sakit pun...Adrianna ni mmg lasak...cuma doktor suruh stay kat ward juga untuk pemerhatian selama 24 jam..kot2 tersesat nafas akibat dari gigitan tu...nasib baik OK, tak ada apa2 reaksi..cuma gatal2 je sedikit kat tempat yang di gigit tu................

Morale of the story : Jikalau ternampak tebuan kat dalam rumah, make sure keluarkan lah incik tebuan ni dari rumah :(

Tuesday, September 20, 2011

Damia and books...........




Kalau nak ajak Damia pergi mana2, senang saja..bekalkan saja buku, boleh duduk diam Damia kalau  ada buku, pensil warna dan juga GUNTING....

Kat tepi kaki lima kedai pun boleh lagi mewarna....
suka la tu............
Dalam trolley pun boleh lagi mewarna tu........................





Tutti Frutti di Malam Hari.............

 Dapat tempat lepak yang baru dengan anak2....Tutty Frutty...tempat yang simple, selesa dengan menu yogurt yang boleh tahan sedap :) plus topping yang best juga ( especially Fresh Strawbery and kiwi fruit...bagi mama laaa ) 

menggigil kesejukan anak2 mama makan TF ni di malam2 hari.....hehehehehe....







Kiddos + Tutti Frutti @ dimalam hari + air cond = SEJUK MENGGIGIL :)

Tuesday, September 13, 2011

Kids ! Gardening is Fun..........

Dah lama Abang Arief request nak bercucuk tanam...hehehehe...ok, biji kangkung dah ada, bawang merah ambil je kat dapur..tanah pun dah beli kat TESCO, RM2 untuk 2 plastik.


Pokok Kangkung / Day 4



Pokok Bawang : Day 4


Friday, September 9, 2011

Siput...Again

Pagi tadi bawa anak2 shopping barang dapur kat TESCO KB...macam biasa beli ayam, ikan, sotong dan juga Siput...


Siput.....
.kena rendam kejap ye anak2 sebelum mama masak lemak cili api lagi.....


My lil princess yang excited tengok siput ni bergerak2....hihihihihihi...
"mama, sennell ( panggilan Damia untuk"Snail" )ni bergerak...nak jalan2 dah"...cute je statement Damia ni....


Siput yang dah hampir berjaya keluar...." mama...mana eyes snail ni?" tanya Damia...hihihihi..


Anak mama yang memang rajin tolong mama....lagi cepat tolong mama, lagi cepat kita boleh makan ye....


Tuesday, September 6, 2011

" CHIM CHUM " @ Food Village

Kali kedua makan kat Food Village ni..kali ni makan bersama dengan chu B ( my younger sister) and my parents (^_^)

Inilah rupanya chim chum...ala2 steamboat and grill...macam 2 in 1....


kat tengah tu untk bakar2..
yang ada sup tu untuk rebus2 ala steamboat


penuh sudah (*_*)


Saturday, September 3, 2011

Rendang Daging

Mood beraya masih ada lagi....lagi2 hari raya ke 5 baru berkesempatan nak memasak kat dapur sendiri :)

Hari raya pertama hari tu kat kampung dah masak rendang ayam, so hari ni mama masak rendang daging pulak..resepi ni mama ambil dari mamama ( panggilan ank2 mama pada grandmother diaorang..hihihihi )


Inilah rupanya rendang ayam yang mama masak kat rumah mamama hari tu, salah satu juadah pada hari raya pertama...kali ni mama masak dengan di bantu oleh my lil chef Adrianna dan Damia :)




RESEPI RENDANG AYAM

1 kilo ayam dipotong kecil

Bahan2 Kisar 
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

sedikit air asam jawa
4 sudu besar lada giling
sehelai daun kunyit ( dicarik2)
2 batang serai dititik
sedikit garam
Nisan/gula melaka
Kerisik
2 1/2 cawan santan pekat

Masukkan bahan2 kisar ke dalam kuali, biarkan menggelegak sekejap,
Masukkan ayam, lada giling,serai,sedikit air asam jawa, garam, gula melaka,santan,daun kunyit dan kerisik...
masak je sampai kering :)