Arief ~Adrianna~ Damia

One step must start each journey.
One tree can start a forest,
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

Lilypie Third Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickersLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, February 1, 2011

Hot NesCaFFE and Ice Mocha Blended

balik2 kerja hari ni, seperti biasa sy bancuh secawan hot nescaffe, lepastu sementara menunggu ank2 dan En suami balik dari sekolah, sy turn on computer, baca paper online, baca my favourite page...http://www.iluvislam.com...and of course jenguk2 FB ( ^_^)


Lepas tu.... hari ni En suami belikan sy iced blended mocha..( hihihi suka sangat sebab my favourite drink tuh...)...AlHAMDULLILAH WA SYUKRANNN...REzeki jugak tu kan.....

sambil duduk dpn computer, selang seli sy minum kedua2 air..hehehe,,hot,cold,hot.cold...agak2nya pening lidah sy ari ni....hihihihih...

Apa yg sy nak kongsi kat sini hari ni bukanlah kisah Hot Nescaffe @ Iced Blended Mocha...itu selingan sahaja...yang menariknya hari ni ialah, baru sy sedar pentingnya kita merubah sesuatu yg negatif menjadi positif...hehehehe

berdepan dgn bermcm2 gelagat ank2 kat tadika adakalanya akn cepat rasa tension...ada budak yang SENANGGGG je nak diajar...dan ada budak yg sebaliknya (^_^)..hihihhi..lepas tu ari ni sy terbaca artikel kat bawah ni...mmg amt2 membantu saya...

OK JOMMMMMM BACAAAAA ( sy tolong copy paste...)


Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.

Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.

Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 

Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - Ibrahim 14:34

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?

Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?

Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?

Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:

"Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.

Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.

Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?

Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.

Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.

Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.

Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!

Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?

Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.

Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.

Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.

Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

[B]Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.[/B]



S

TETAPKANLAH HATI KU YA ALLAH
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU, SUAMIKU, ANAK2 KU,KELUARGAKU, PARA SAHABATKU DAN JUGA SELURUH UMAT ISLAM...aMIN YA RABBAL ALAMIN....

No comments:

Post a Comment