Tahun ni mama buat part time mengajar budak2 kecil :) so memang agak memenatkan sikit walaupun kerja sekerat hari je...dalam hati memang teringin nak buat banyak kuih raya....TAPI.....Alhamdullilah, hari ni berjaya menyiapkan Biskut Arab dengan di bantu oleh Arief, Adrianna dan Damia. Biskut Arab ni memang paling sempoi je nak buat, bahan2 pun 3 perkara sahaja ( Minyak Sapi, Gandum dan Gula halus ). Tak payah nak putar2 or terap pun...Uli2 je semua bahan dan bentukkan bulat2..Bakar dan siap....Anak2 pun suka makan biskut ni (^_^)
Dengan bantuan sukarelawan2 mama, maka inilah hasilnya biskut Arab yang berjaya kami buat tadi :)
Macam2 size ada Biskut Arab ni...dari xs,s,m...L pun ada.....Errr bila la mama boleh pakai size s ni. (^_^)
Tapi memang banyak sangat dapat biskut ni tadi...dan memang LAGI MURAH buat sendiri :)
Sambil buat biskut ni tadi, layan juga dengar lagu2 raya.....wiiiiiiiiiwwww
No comments:
Post a Comment